Sunday, 22 January 2012

budak kecik lagi bagus dari budak besar?

Bismillahhirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dengan lafaz Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh sebagai pembuka bicara kepada sahabat handai :D

Actually, tak tahu apa nak cakap. tapi just seronok nak menaip jaa. kihkih

hah, dah dapat idea dah. selama tiga minggu tidak muncul di kaca laptop dan pc akhirnya kini menjelma kembali. hmm, nak bagitau satu benda ni, pagi tadi eh saya pergi solat subuh kat surau, then serious tekejut gila bila tengok surau macam time solat maghrib jemaah dia sama lebih kurang macam waktu maghrib ja tau :D

Paling bangga when ada 2 3 orang budak yang pakai baju melayu dah siap mandi dah pi solat subuh kat surau. Serious rasa malu pon ada jugak kan, budak budak yang taktau apa apa, belum baligh lagi pon reti pi surau kita ni yang dah besar ni patut malu lah kan, actually, bukan sekali dua ja saya nampak budak budak kecik pergi surau, tapi boleh kata setiap waktu kot. Terasa malu ja -.-


hmm, alhamdulillah surau kat taman saya ni bagus gila setiap kali lepas solat isyak mesti ada bacaan hadis, jadi serba sikit dapat lah ilmu sikit sikit. ada satu hadis ni.
barang siapa yang solat berjemaah selama 40 hari dengan mendapat takbiratul ula. maka dia akan diberi 2 kebebasan iaitu, kebebasan daripada api neraka dan kebebasan daripada sifat munaafik. 
 punya nak kata bagoih tak bagoihnya solat berjemaah ni kan, semua tahukan takbiratul ula tu benda apa. bagi yang tak tahu tu takbiratul ula ni adalah dia dapat mengangkat takbiratul ihram bersama sama dengan imam. Faham kan kan? Harap harap faham lah ya. hah hadis tadi tu semalam. Ni hadis yang isyak tadi. Baca ya? :)
barangsiapa yang mengucapkan kalimah lailahaillallah maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. 
Maksud disini ialah kalau dia mengucap ja, confirm masuk syurga walaupun ada dosa tapi dia tetap akan kena azab neraka atas dosa dosa yang telah dia buat, tapi dia tetap akan dimasukkan dalam syurga :) lain lah kalau orang orang kafir ni yang tak mengucap, dia akan tetap masuk dalam api neraka sampai bila bila. inilah bezanya orang muslim dengan kafir.

Ada satu cerita ni, nak baca tak? mai mai :p

ada seorang pakcik tua ni. Umur dia 100 tahun, dia ni seorang yang kufur, banyak gila buat dosa, tapi tiba tiba Allah bagi hidayah kat dia masuk Islam, then dia pon mengucaplah. Asal dia masuk Islam ja, dosa yang dia dah buat selama dia seorang kafir akan terhapus dan dia telah mendapat ganjaran pahala yang cukup besar kerana telah mengucap :D THE END
hmm, nak bagitau satu benda ni. Seriously saya cakap, saya tak layak ada jawatan kot. BASHAR? Hmm, berat kot. Diri sendiri dah la terok, nak tegor orang lain pulak. nak buat luahan sikit lah kan. Saya macam takdak function ja dalam organisasi tu seriously :'( tangkap gambar ja keja kan? Buat muka tebal time tangkap gambar. Kalau siapa yang baca ni terutama budak budak BASHAR, mintak maaflah ya? Saya bagitau apa yang hati ni dok bagitau. Sekali lagi mintak maaf.

Kalau PRS? Aku ni beriya ka? Takpa lah ya, nanti aku tak beriya dah, hampa nak buat apa, hampa buat lah ya? Aku ikut ja apa hampa buat, takkan comment apa langsung :) Macam mana lah aku boleh jadi PRS menyesal menyesal.

hmm, cakap pasal blogging, mesti ada luahan perasaan kan? kan? Ada sikit lah luahkan. Taktau nak terang macam mana, tapi nak bagitau, tapi jujurnya hati ini memberi tahu kesian kawan kau ya? Takpa lah, sabar dan baca hadis ni ya?
barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, maka Allah akan mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga
Macam mana nak kawal kalau tak tahan sangat? Semua ni adalah nasihat daripada senior :D

Kalau tak boleh kawal nafsu, berPUASA lah anda ya? :) 

Saya cakap untuk diri sendiri dan jugak untuk sahabat sahabat yang disayangi kan kan :* Last sekali doakan saya ya?

Last sekali, macam biasa, mintak maaf kalau apa yang saya taip kat sini ada buat hampa terasa, kadang kadang benda benda macam ni tak boleh cakap secara lisan, tapi hanya boleh cakap melalui benda lain. SORRY SEKALI LAGI. Tutup cerita tadi ya?

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.