Monday, 26 December 2011

S.A.H.A.B.A.T :D

Bismillahhirahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 hmm, takdak colour ja gambar ni, taktahu nak letak gambar apa -.-

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh pembaca dan followers yang dikasihi Allah sekalian.



hmm, bagi saya orang yang paling dekat dengan kita adalah kawan kawan selepas mak dengan abah kita. jadi kita hidup ni ada dua hubungan, satu hubungan dengan Allah, satu lagi hubungan dengan manusia. Hubungan dengan Allah ni, adalah kita meletakkan sepenuhnya hidup, mati, solat dan ibadah kita ni semata mata untuk Allah SWT. macam dalam doa iftitah yang selalu kita baca tuu.


Allah dah berfirman,

"Katakanlah, solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku, bagi Allah, tuhan sekalian alam"
[Surah Al-An'am ayat 162]
dan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda,

"barangsiapa yang membaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut"

kita sebagai hamba Allah ni kenalah memperbaiki hubungan kita dengan Allah ya? Saya bukan nak kata yang saya ni hebat sangat yang nak bagi nasihat ni, cuba kalau kita sama sama berubah kepada yang lebih baik insya-Allah.

okay, hubungan dengan manusia pon penting jugak sahabat sekalian, ni ada satu cerita,

Saya nak taip satu cerita ni, nak baca tak? :D

Adalah seorang Sipulan Bin Sipulan ni, dia nak hantar mesej kat awek dia, tapi dia terhantar dekat member dia, adalah dia cakap dekat awek dia tu, ayat jiwang lah kan, biasalah gurau gurau manja dengan awek dia. then member dia pon reply lebih kurang macam ayat layan Sipulan tu punya mesej lah, then Sipulan tu cakap **aik, meng*!@#$%^& nampak** member tu pon dengan rasa kecewa reply lah, **relax lah, amboi dia** pastu Sipulan tu reply, **ang juah sekarang** perghh, member dia pon sedih la sangat sangat :D THE END 

Nak bagitau dekat sini sahabat sahabat janganlah kita jadi seperti Sipulan tadi ya? kesian sahabat sahabat kita ni ha. depa tak buat apa pon kat kita, tiba tiba di maki hamunnya. ish ish. Cubalah kita jadi seperti ini.

Rasulullah bersabda,
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam kita hendak memilih teman, hendak lah kita mencari teman yang sebegini seperti dalam hadis Rasulullah.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseora
ng itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

hmm, saya cukup tertarik dengan hadis hadis kat atas ni. sebenarnya saya cari kat google ja, jumpa lah hadis hadis ni. awak awak awak semua yang baca ni, tak payah susah nak cari kat google dah :D 


hah, saya ada satu benda jumpa kat google :D ambik baca ni dan amalkan ya? **eh, amalkan ya?**

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan atau jasa baikmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikanmu dia suka menyebutnya.

3.  Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan atau jasa baikmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat keburukanmu, ia suka menutupinya.

4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dan sahabat, hendaklah kita menjauhkan diri atau tinggalkan sahabat seperti ini :D 

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri. 

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

hmm, jadi kita fikir fikirkan lah ya? 

Ali bin Abi Thalib berkata, 

"Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

 okay, takat sini ja lah sahabat ya, yang terasa tu mintak maaf sangat. memang niat nak bagi terasa pun.  niat bagi terasa untuk perubahan insya-Allah.

p/s : nak bagitau 25 haribulan hari tu saya test bawak kereta feel habis lah kan :D habis form 5 nanti ambik lesen kereta dengan moto terus laaa :D

okay, selamat study semua, dan moga dapat manfaat daripada entry yang telah saya taipkan ni ya? :D peace no war, ehh, mintak maaf sekali lagi.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh :)
 




Wednesday, 21 December 2011

ish ish ish -.-

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakaatuh pembaca pembaca dan followers sekalian :D




haish, first kali nak tanya diri sendiri, macam mana boleh update blog ni -.- hari tu kata dah tak nak online, beriya  iya kata nak stop fb la, blog laa. memang hari tu sembang ja laa. emm, sebenarnya saja ja nak update blog best pulak kalau menaip ni.

emm, nak tau satu benda? lepas update blog baru baru ni, pergh satu macam punya semangat nak belajar :) tapi alhamdulillah la kan, jalan jugak study tu, bio study bab 3 Movement of Substances Across Plasma Membrane **bangga sikit la kan** start sekarang saya kena belajar unruk suka baca bio :D bio ada jugak nota serba ringkas tapi padat, cakap serba ringkas tapi padat ni ada hadis pasai ringkas tapi padat ni. lebih kurang macam ni laa. sebaik baik percakapan adalah percakapan yang ringkas tapi padat. hadis ni saya nampak dekat SMASH kot. ataupun ada dengar orang cakap :)



saja ja nak bagitau pasai hadis ni. okay, akaun, setakat ni belum jalan lagi kot. susah ar nak jalan akaun -.- nak buat macam mana pon taktau. chemistry budak budak kelas 5 Biruni next year kalau nak tanya pasai bab Chemical Bond orait dah semalam study plus pagi tadi, boleh kata mantap laa insya-Allah :D kepada mentee mentee saya kalau nak belajar mai la kat saya tanya naaa :p **biasalah nak jadi mentor yang berjaya** bukan nak bajet pandai tapi kalau dah ada ilmu apa salahnya kalau kita share kan?




hari ni saja nak sembang pasai apa yang saya dah belajar sepanjang tak update blog ni :) jadi hari ni saya sembang sembang santai ja la. emm, nak cakap apa ehh. hah, tadi saya ajar adik saya Shafawani baca sifir, lawak betol laa. seriously lawak, lama jugak la ajar dia baca sifir sampai kena marah dengan abah. takpa Shafawani, nanti kita belajar lagi. ambik dia kecik kecik lagi dah pandai berfacebook, main game The Sims. **semua ni tiru abang dia la ni** sampai baca sifir pon tergagap gagap. apa laa.






hah, ni emak dengan Shafawani

hmm, takpa laah, cukup takat ni kepada sahabat sahabat yang akan ambil SPM next year, SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN BERSAMA BUKU BUKU :)

dan tak lupa jugak kepada budak form 3 yang ambik result PMR esok, good luck ya? sebelum ambil result baca Bismillahirrahmanirrahim banyak, selawat tau :D okay. nak tutup entry kali ni dah.

Assalamu'alaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan jumpa lagi :)

Sunday, 18 December 2011

Straight A+? Can I?

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh pembaca dan followers yang di kasihi dan dirahmati Allah sekalian.

first kali nak bagitau satu benda ni, kawan saya tapi tua 2 tahun la, dah pegi Mesir dah kot :( dahsyat doh. dulu dulu main sekali menangeh sekali, buat kerja sekolah sekali, kadang kadang tu dia yang tolong buat kerja sekolah saya time kecik kecik molek dulu hahaha. terok kan? walaupun dia tua 2 tahun, tapi dia sanggup tolong buat kerja sekolah saya sebab tak nak saya kena marah dengan cikgu. baik kan? ini lah yang orang panggil sahabat, budak budak kecik pon tahu macam mana nak nilai erti persahabatan. ini kan lah kita yang dah tua bangka ni **ehh, kalau kita tua bangka, orang yang lebih tua dari kita apa pulak?**. okay stop merepek takat sini.

soalnya sekarang ni, saya nak sangat straight A+. nak ikot belajar kat oversea, bukan oversea ikot Penang Bridge, tapi oversea ke Korea :D

STRAIGHT A PLUS PLUS 


mak saya dah bagitau banyak kali dah macam ni.

asyraf, asyraf sorang ja anak laki mak, jadi emak nak sangat tengok asyraf belajar kat luar negara. NAK SANGAT. 
saya mentionkan nak sangat, that means yang mak saya nak nak nak nak sangat. tapi saya tak buat apa yang boleh kejar straight A+ tu. kerja sekolah tak buat pon -.-' haiya, macam mana ni, boleh ka saya nak catch-up Bio ni? AKAUN! jangan nak kata laa. lulus boleh ka akaun. hmm, kadang kadang saya tido lambat asyik terpikir ja benda macam ni. sekarang, the main point nak bagitau syaitan ni sangat kuat goda saya jangan study dengan bukak muka buku dan lain lain. macam mana nak buat ni.

okay, sekarang ni saya nak stop dah berfacebook dan start fokus belajar. that's my promise, you will never see me online after a couple week. okay. sekarang ni saya dah berazam akan belajar bersungguh-sungguh no more lalai dan malas. okay, bye blog, bye facebook, dan bye lain lain.

assalamualaikum readers :) pray for my success ya friends cause i always pray for our success. dont stop pray to ALLAH ya wahai sahabat.

good luck semua :D 

Wednesday, 14 December 2011

Lost Di Dalam Dunia Tambun ;)

assalamualaikum pembaca, sekali lagi tetiba terasa nak update blog ni. seperti yang tertera kat topik atas tuuu LOST WORLD OF TAMBUN kan? pergh, first sekali mula mula Meor Izzul Haqim la invite saya ke sana. ingat time tu takde harapan dah nak pergi, then i asked my mom, she's okay with it and wanted me to tell my father first. ini la yang payah nak lepas ni haha. pastu after few days my dad was watching a tv program; its something like at water theme park laa **taktahu la theme park mana kan**, then saya bagi signal kat mak yang suruh mak bagitahu abah. emak pon tanya la, macam ni ha bunyinya "abang, asyraf nak pergi lost world tambun, okay tak?" then, abah tak cakap banyak then cakap pi laa. sekali dengar macam menghalau pon ada jugak hahaha. dengar dengar perkataan "PI LA" best dah time tu.

   meet Meor Izzul Haqim, he is among my buddies :D 


tanggal 6 disember 2011, pagi tu dah kalut dah packing barang, pastu check check duit, pergh, ada sekeping ja RM50 hahaha. ada ka nak bawak 50 ja pi Tambun -.- tambang saja dah RM17.60 tak termasuk pergi balik. time tu dah risau, nak mintak duit kat mak, kesian pulak kan. tapi nak buat macam mana kan? mother instinct tu cukup kuat, mak kata kenapa risau, takde duit ke? then, **dengan muka sedih, ada mak** haha, macam drama la kan, pastu emak pun hulur RM70 dah cukup duit. dah cakap terima kasih apa semua. pukul 2.15 naik bas. time naik bas tu la texting dengan Afiq Afifi. **kitaorang janji nak jumpa kat Medan Kidd** jadi kami kerap texting la. naik bas 2.15 Sri Maju pastu dalam bas tu pulak, ada orang India tu, ada ka smoke dalam bas? pastu sengeh sengeh bangga kot macam nak tumbuk ja muka dia. haish geram aih. sebab dia smoke habis sakit tekak apa semua. pastu terlena laa dalam sakit tekak tuu. 


hah ni Afiq, dia ni nampak ja macam ni, dalam hati ada taman, tak nak bagitahu saya :D 
kalau dia baca takpa jugak.

pukul 4.30 macam tu kot sampai la dekat Medan Gopeng, yang saya nak perginya Medan Kidd, bukan Medan Gopeng, then, saya tanya la drebar bas tu, "pakcik bas ni tak pergi Medan Kidd?" pastu pak cik tu jawab " takpi dah, polis marah, sekarang ni nak pi Stesen bas Srimaju". sebab apa polis marah pon tak paham. **hah sebelum tuu, saya ingat, Stesen bas Srimaju dengan Medan Kidd tempatnya sama** lepas tu saya pon kata, "kalau macam tu betul la pak cik turun kat Medan Kidd?" pak cik tu bebai terus "tak!! Stesen bas SriMaju" then saya pon senyap laa. nak kata apa lagi. pastu turun la kat Stesen bas Sri Maju. time tu dalam otak pikir macam mana aku nak pi Medan Kidd sedangkan rupa Medan Kidd pon tak tahu macam mana. then, saya pon berjalan lah tanpa arah then bertembung dengan sorang laki-laki ni, tanya dia mana Medan Kidd, pastu dia cakap jauh, lepas pak cik tu bagitau jalan kemana, saya pon angkat kakilah ke Medan Kidd, **serious rasa macam travel doh, dah la takde orang, sorang sorang pulak tu** dengan brapa ekor anjing bertembung, buat kering jaa. 

pastu, sampai lah ke Medan Kidd, tunggu Afiq ja la bila nak sampai ni. lebih kurang pukul 5.15 macam tu Afiq pon sampai, then kami memang dah rancang awal awal nak bermalam rumah Raziq. kami naik bas pergi Jaya Jusco JJ la orang Ipoh panggil. sampai sampai tu tunggu Raziq, sambil tunggu tu dah la dekat dengan KFC dengan McD, time tu tengah lapar, punya dok harap la kot kot ada orang hulur seketul dua haha. takpa laa, pastu Raziq pon sampai bersama kereta apa entah tapi kereta besar laa. 


hah, ni Raziq aka Robot :D

dah bermalam kat rumah Robot, 7.12.2011 pukul 9.30 pagi saya bersama Afiq dan Robot bergerak ke Tambun dengan menaiki kereta bapak Robot **ayat skema kan** pastu sampai sana lebih kurang pukul 10 tunggu la geng geng yang lain semua mai. 11.00 pagi depa semua datang then kami semua beratur beli tiket time beli tiket tu ada sepasang suami isteri **boleh panggil atuk dengan nenek la** mai dok buat kalut dok marah marah kata kami lambat, padahal makcik depan kami tu yang lama. Aliep yang dok bincang dengan cashier tu pon bebai pastu senyap terus la kan haha. macam tu la kisahnya sebelum kami semua masuk ke dalam Dunia Tambun. habis satu cerita. nak sambung lagi? 

ni kami bergambar kat entrance dia. muka gedik, Afiq suruh :p



hah, inilah Aliep :D tough kan? biasalah main rugby. kalau hang baca Aliep mesti bangga.

dah masuk apa lagi? salin baju terus mandi laa. kami pon mandi punya mandi, punya mandi, ada orang pakai macam nak main rugby, ada yang pakai macam nak main bola, macam macam jenis baju mandi depa bawak mai. okay, ada 5 jenis slide semua kami semua naik. saya naik dengan amir saifuddin GK. naik slide tu pelampung asyik wekang ja time saya dok depa, nampak sangat la berat kan? time GK dok depan elok ja stable jaa. bagos GK, bagos :) hmm, nak tengok gambar slide? ceh, promote tambun pulak -.-

ushar muka GK macam mana? feel habis laaa.


dengan Afiq lagi, takdak orang lain kot :p sorry ya Afiq hahaha.

hmm, pastu kami semua habis penat main jalan la pulak kaki ke Giant, dekat ja Giant dengan Lost World tu. maklumlah nak save duit, makan kat food court ja la, mana nak ada duit makan kat McD. pastu kami pon makan, pastu tunggu bas mak datuk punya lama, tapi feel la tunggu dengan member member yang lain, tak lah boring sangat. dah sampai bas kami turun kat Medan Kidd then tunggu bapak Meor datang ambik, bermalam lah semalam lagi kat rumah Meor. Thanks ya Meor bagi tumpang :D malam tu paling kesian sekali Afham Nazri la. dia punya nak la bukak internet tapi tak boleh bukak, Afiq dengan GK dah ada phone dengan PSP tapi Meor baik punya pasal **jangan perasan Meor, aku tak ikhlas pon haha** bagi lah Afham main PS2 dan saya pon join sekali. pastu dua dua orang senyap dapat main game. 

pastu esok tu, ayah meor, hantar dekat Medan Kidd, jalan lah kaki sampai Stesen Bas SriMaju. then beli tiket pukul 12.00 tengahari pastu terus berangkat ke Penang tempat asal saya :) 

THE END. 

p/s : terima kasih kerana sudi membaca **itu pun kalau orang larat baca laa**. kalau nak tengok gambar banyak je kat facebook Afiq, dengan Azmil. semua kisah di atas adalah benar, dan bukan rekaan semata mata. okay, assalamu'alaikum :) peace no war.




Sunday, 11 December 2011

boys like girls, girls like boys -.-

assalamualaikum, kali ni kali kedua saya update blog ni ya, tak tahu la ada orang baca ke tidak. tapi saya harap semua orang baca la kan sebab kali ni topik ni agak HOT la jugak kan. title entry ni macam nama band ja kan? **memang nama band pon** okay, senang kita pergi kat topik sebenarnya :D



hah, cun kan? awek sapa tu haha. geli saya tengoknya.

okay, sebab saya pilih tajuk ni bukan sebab apa. ada satu cerita ni, time nak balik kampung **time tu malam** ada la seorang kawan saya ni **dulu la kan, sekarang takdah** saya ingatkan perempuan tengok tengok muka jantan! meremang bulu tengoknya huishh geli gila. then, saya pon buat taktau je la kan tengok sahabat saya yang dahulunya macho+lembut sikit sikit jaa tiba tiba jadi macam tu, ish ish, na'uzubillah. sedih pon ada jugak. 

hah ini? apa kes pulak? sibuk nak jadi lelaki? mintak maaf lah ya? 

okay takpa la sekarang ni benda apa yang penyebab dia jadi macam tu? first sekali dari lelaki -> lembut -> then keluar malam -> then jadi lah mak nyah. apa hukumnya kalau lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki (pengkid)? HUKUMNYA ADALAH HARAM **tudia besaqnya** 

Dari Ibn Abbas r.a. dari Nabi s.a.w. :Allah melaknat orang-orang lelaki menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki.(Riwayat Bukhari – ibn abi jamrah)

okay maksud kat hadis ni termasuklah cara berpakaian, tutur kata dan juga tingkah laku. mana smart tengok badan dah elok tough dah tengok tengok lembut. jadi cara berpakaian tu tak payah la tiru jantina lain ya? pakai rantai apa semua tu, tak elok lah. pakai rantai tu budaya barat, budaya barat ni memang ramai yang suka tiru, termasuk lah saya kadang kadang. 

bab tutur kata, tutur kata ni kalau nak kata ada setengah yang memang lembut dah tu memang kita tak boleh buat apa la kan? tapi yang suaranya garau, tiba tiba alahai comelnya suara dia -.- yang tingkah laku ni ha, adoii lagi la menyampah tengoknya. 



hah, ni pulak agaknya berlakon kot, tapi berlakon pon janganlah sampai cemarkan maruah ya?
astagfirullah. 


jadi, dah nampak terang terang dah kan, siapa yang terlibat tu harap harap dapat lah berubah ya :) setiap orang boleh berubah cuma percayalah kat diri sendiri. 

When we are no longer able to change a situation, we are challenged to change ourselves.  ~Victor Frankl

cukup dah kot entry tentang benda ni sebelum tu tengok dulu video ni. 


tengok video ni. jangan tak tengok best :) 
**act, cari video lain terjumpa video ni kalau tengok tittle dia pelik 'maknyah sedih', tapi takpa lah video ni ada bagos dia**


tengok lah betapa sayangnya Rasulullah kat kita. janganlah kita mensia siakan pengorbanan baginda. cukuplah setakat ni jaa. mintak maaf banyak banyak kepada siapa yang mungkin akan terasa dengan apa yang saya taip. terima kasih sebab sudi meluangkan masa baca entry ni. assalamualaikum dan jumpa lagi :D