meet Meor Izzul Haqim, he is among my buddies :D
tanggal 6 disember 2011, pagi tu dah kalut dah packing barang, pastu check check duit, pergh, ada sekeping ja RM50 hahaha. ada ka nak bawak 50 ja pi Tambun -.- tambang saja dah RM17.60 tak termasuk pergi balik. time tu dah risau, nak mintak duit kat mak, kesian pulak kan. tapi nak buat macam mana kan? mother instinct tu cukup kuat, mak kata kenapa risau, takde duit ke? then, **dengan muka sedih, ada mak** haha, macam drama la kan, pastu emak pun hulur RM70 dah cukup duit. dah cakap terima kasih apa semua. pukul 2.15 naik bas. time naik bas tu la texting dengan Afiq Afifi. **kitaorang janji nak jumpa kat Medan Kidd** jadi kami kerap texting la. naik bas 2.15 Sri Maju pastu dalam bas tu pulak, ada orang India tu, ada ka smoke dalam bas? pastu sengeh sengeh bangga kot macam nak tumbuk ja muka dia. haish geram aih. sebab dia smoke habis sakit tekak apa semua. pastu terlena laa dalam sakit tekak tuu.
hah ni Afiq, dia ni nampak ja macam ni, dalam hati ada taman, tak nak bagitahu saya :D
kalau dia baca takpa jugak.
pukul 4.30 macam tu kot sampai la dekat Medan Gopeng, yang saya nak perginya Medan Kidd, bukan Medan Gopeng, then, saya tanya la drebar bas tu, "pakcik bas ni tak pergi Medan Kidd?" pastu pak cik tu jawab " takpi dah, polis marah, sekarang ni nak pi Stesen bas Srimaju". sebab apa polis marah pon tak paham. **hah sebelum tuu, saya ingat, Stesen bas Srimaju dengan Medan Kidd tempatnya sama** lepas tu saya pon kata, "kalau macam tu betul la pak cik turun kat Medan Kidd?" pak cik tu bebai terus "tak!! Stesen bas SriMaju" then saya pon senyap laa. nak kata apa lagi. pastu turun la kat Stesen bas Sri Maju. time tu dalam otak pikir macam mana aku nak pi Medan Kidd sedangkan rupa Medan Kidd pon tak tahu macam mana. then, saya pon berjalan lah tanpa arah then bertembung dengan sorang laki-laki ni, tanya dia mana Medan Kidd, pastu dia cakap jauh, lepas pak cik tu bagitau jalan kemana, saya pon angkat kakilah ke Medan Kidd, **serious rasa macam travel doh, dah la takde orang, sorang sorang pulak tu** dengan brapa ekor anjing bertembung, buat kering jaa.
pastu, sampai lah ke Medan Kidd, tunggu Afiq ja la bila nak sampai ni. lebih kurang pukul 5.15 macam tu Afiq pon sampai, then kami memang dah rancang awal awal nak bermalam rumah Raziq. kami naik bas pergi Jaya Jusco JJ la orang Ipoh panggil. sampai sampai tu tunggu Raziq, sambil tunggu tu dah la dekat dengan KFC dengan McD, time tu tengah lapar, punya dok harap la kot kot ada orang hulur seketul dua haha. takpa laa, pastu Raziq pon sampai bersama kereta apa entah tapi kereta besar laa.
hah, ni Raziq aka Robot :D
dah bermalam kat rumah Robot, 7.12.2011 pukul 9.30 pagi saya bersama Afiq dan Robot bergerak ke Tambun dengan menaiki kereta bapak Robot **ayat skema kan** pastu sampai sana lebih kurang pukul 10 tunggu la geng geng yang lain semua mai. 11.00 pagi depa semua datang then kami semua beratur beli tiket time beli tiket tu ada sepasang suami isteri **boleh panggil atuk dengan nenek la** mai dok buat kalut dok marah marah kata kami lambat, padahal makcik depan kami tu yang lama. Aliep yang dok bincang dengan cashier tu pon bebai pastu senyap terus la kan haha. macam tu la kisahnya sebelum kami semua masuk ke dalam Dunia Tambun. habis satu cerita. nak sambung lagi?
ni kami bergambar kat entrance dia. muka gedik, Afiq suruh :p
hah, inilah Aliep :D tough kan? biasalah main rugby. kalau hang baca Aliep mesti bangga.
dah masuk apa lagi? salin baju terus mandi laa. kami pon mandi punya mandi, punya mandi, ada orang pakai macam nak main rugby, ada yang pakai macam nak main bola, macam macam jenis baju mandi depa bawak mai. okay, ada 5 jenis slide semua kami semua naik. saya naik dengan amir saifuddin GK. naik slide tu pelampung asyik wekang ja time saya dok depa, nampak sangat la berat kan? time GK dok depan elok ja stable jaa. bagos GK, bagos :) hmm, nak tengok gambar slide? ceh, promote tambun pulak -.-
ushar muka GK macam mana? feel habis laaa.
dengan Afiq lagi, takdak orang lain kot :p sorry ya Afiq hahaha.
hmm, pastu kami semua habis penat main jalan la pulak kaki ke Giant, dekat ja Giant dengan Lost World tu. maklumlah nak save duit, makan kat food court ja la, mana nak ada duit makan kat McD. pastu kami pon makan, pastu tunggu bas mak datuk punya lama, tapi feel la tunggu dengan member member yang lain, tak lah boring sangat. dah sampai bas kami turun kat Medan Kidd then tunggu bapak Meor datang ambik, bermalam lah semalam lagi kat rumah Meor. Thanks ya Meor bagi tumpang :D malam tu paling kesian sekali Afham Nazri la. dia punya nak la bukak internet tapi tak boleh bukak, Afiq dengan GK dah ada phone dengan PSP tapi Meor baik punya pasal **jangan perasan Meor, aku tak ikhlas pon haha** bagi lah Afham main PS2 dan saya pon join sekali. pastu dua dua orang senyap dapat main game.
pastu esok tu, ayah meor, hantar dekat Medan Kidd, jalan lah kaki sampai Stesen Bas SriMaju. then beli tiket pukul 12.00 tengahari pastu terus berangkat ke Penang tempat asal saya :)
THE END.
p/s : terima kasih kerana sudi membaca **itu pun kalau orang larat baca laa**. kalau nak tengok gambar banyak je kat facebook Afiq, dengan Azmil. semua kisah di atas adalah benar, dan bukan rekaan semata mata. okay, assalamu'alaikum :) peace no war.
Haha...adik awt adik pnya blog best...tak aci la...hahaha :) nmpak mcm seronok ja pi Lost world of Tambun...
ReplyDelete