hmm, takdak colour ja gambar ni, taktahu nak letak gambar apa -.-
Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh pembaca dan followers yang dikasihi Allah sekalian.
hmm, bagi saya orang yang paling dekat dengan kita adalah kawan kawan selepas mak dengan abah kita. jadi kita hidup ni ada dua hubungan, satu hubungan dengan Allah, satu lagi hubungan dengan manusia. Hubungan dengan Allah ni, adalah kita meletakkan sepenuhnya hidup, mati, solat dan ibadah kita ni semata mata untuk Allah SWT. macam dalam doa iftitah yang selalu kita baca tuu.
Allah dah berfirman,
"Katakanlah, solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku, bagi Allah, tuhan sekalian alam"
[Surah Al-An'am ayat 162]dan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda,
"barangsiapa yang membaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut"
kita sebagai hamba Allah ni kenalah memperbaiki hubungan kita dengan Allah ya? Saya bukan nak kata yang saya ni hebat sangat yang nak bagi nasihat ni, cuba kalau kita sama sama berubah kepada yang lebih baik insya-Allah.
okay, hubungan dengan manusia pon penting jugak sahabat sekalian, ni ada satu cerita,
Saya nak taip satu cerita ni, nak baca tak? :D
Adalah seorang Sipulan Bin Sipulan ni, dia nak hantar mesej kat awek dia, tapi dia terhantar dekat member dia, adalah dia cakap dekat awek dia tu, ayat jiwang lah kan, biasalah gurau gurau manja dengan awek dia. then member dia pon reply lebih kurang macam ayat layan Sipulan tu punya mesej lah, then Sipulan tu cakap **aik, meng*!@#$%^& nampak** member tu pon dengan rasa kecewa reply lah, **relax lah, amboi dia** pastu Sipulan tu reply, **ang juah sekarang** perghh, member dia pon sedih la sangat sangat :D THE END
Nak bagitau dekat sini sahabat sahabat janganlah kita jadi seperti Sipulan tadi ya? kesian sahabat sahabat kita ni ha. depa tak buat apa pon kat kita, tiba tiba di maki hamunnya. ish ish. Cubalah kita jadi seperti ini.
Rasulullah bersabda,
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)Dalam kita hendak memilih teman, hendak lah kita mencari teman yang sebegini seperti dalam hadis Rasulullah.
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseora
ng itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
hmm, saya cukup tertarik dengan hadis hadis kat atas ni. sebenarnya saya cari kat google ja, jumpa lah hadis hadis ni. awak awak awak semua yang baca ni, tak payah susah nak cari kat google dah :D
hah, saya ada satu benda jumpa kat google :D ambik baca ni dan amalkan ya? **eh, amalkan ya?**
1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan atau jasa baikmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikanmu dia suka menyebutnya.
3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan atau jasa baikmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat keburukanmu, ia suka menutupinya.
4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dan sahabat, hendaklah kita menjauhkan diri atau tinggalkan sahabat seperti ini :D
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
hmm, jadi kita fikir fikirkan lah ya?
Ali bin Abi Thalib berkata,
"Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
p/s : nak bagitau 25 haribulan hari tu saya test bawak kereta feel habis lah kan :D habis form 5 nanti ambik lesen kereta dengan moto terus laaa :D
okay, selamat study semua, dan moga dapat manfaat daripada entry yang telah saya taipkan ni ya? :D peace no war, ehh, mintak maaf sekali lagi.
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh :)