Sunday, 17 March 2013

Redho aka Redha

Bismillahhirahmaanirrahim, 

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakaatuh,

Wahai followers, dan penyinggah blog sekalian,

Wahh, sungguh rasa berkarat+berhabuk segala macam lah kan *pi ambik sand paper, kikis kikis, bagi hilang karat. bagi nampak haluuuuus. tapi tak halus pon. mintak maaf lama tak update blog, life after spm such do not have mood in updating blog laahh. tapiiiiii, dont worry this morning, celik2 ja mata, terus pasang azam that i must tell something whats going with my life. *org celik mata baca doa bangun pagi kan, ini manusia manyak teruk  maa. jangan dipraktikkan oleh siapa2 tau.

Hmm, hari ni, pagi ni, saat ini saya nak cakap mengenai betapa pentingnya dapat redho *redha sama lah kot.* kedua dua orang tua kita. bukan salah seorang jaa, tapi dua dua. maksudnya macam ni, saya tahu, remaja remaja, anak anak muda kat luar mahupun dalam ni, memang suka sangat nak keluar lepak dengan member member kan? sebelum nak keluar dengan member kena inform parents dulu kan? *itu pon kalau masih ada yg buat macam ni. adaaaa bagitau dua dua parents kalau nak keluar? klau ada, Alhamdulillah :) tapi kan, im pretty sure yang wujud jugak parents yg mak sporting, bapak taaak. kalau bapak sporting, mak taaak. kan kan?

jadiii, saya ada cerita. nak baca? tak nak baca pon takpa, just click the 'BACK' button di mozilla firefox masing masing.

***

Aman : maaakkk, *nada manja* cheq nak keluar dengan kawan kawan sat boleh dak? :3
Mak : *risau* cheq nak pi mana ni? mak rasa baik aman bagitau kat bapak hg dulu kot. 
Aman : laaah, relek ah mak. check pi balik hari ja pon. bukan balik malam. boleh kan mak? boleh boleh? 
Mak : tapi mak risau lah, aman tak bagitau bapak. nanti bapak tau, bapak marah. bapak hg bukan suka sangat hang pi melepak dengan member member sangat. ni nak pi naik apa ni? 
Aman : pi naik moto mak. *selamba* 
Mak : ya lah, bawak moto elok elok. 

***

Cerita dah habis. jadi saya amat yakin dan percaya setiap remaja pasti pernah melalui situasi macam ni kan? antara ibu dan ayah, pasti ada bapak yg sporting, kadang kadang mak yg sporting. okay, back to the story, perasan tak yg si Aman tu, dia tak dapat redho kedua dua mak bapak dia. dia hanya dapat dari mak dia jaa. just imagine, apa akan jadi kalau tiba tiba dia naik moto, tiba2 accident? apa akibatnya? cuba fikir. fikir. fikir. 

Dah habis fikir? klau accident tak mati takpa, tapi kalau kiok? agak agak apa dia nak jawab dalam kubur nanti? itu yg dekat dalam kubur, tak kira lagi yg dekat dunia. apa akan jadi kat mak dia. adakah mak dia akan terkejut sampai pengsan? atau mungkin akan terkena heart attack? cuba kalau bapak dia pulak. balik balik ja keja penat. bukak kasut, tiba tibaaaa, ada orang inform yg anak dia accident. bayang sendiri lah kan, bapak dia dengan taktau anak dia pi mana. tiba tiba dengar org bagitau pasai benda tu. tak ka hancoq *hancur* hati bapak dia. *serious. huuu.

Wahai kawan kawan. kawan kawan yang sebaya dengan saya ni lah kan. tahun 2013 ni we are just eighteen tau. universiti ka kolej ka apa pon kita tak pi lagi. banyak benda yang kita belum tempuh/lalui/terokai dan sebagainya tau. kita kalau yang masih ada parents lagi ni kan. kita patut dengar, akur, patuh apa yang parents kita cakap kat kita selagi tidak melanggar hukum syarak. sampai dalam Al-Quran pon ada sebut kan. saya rasa semua orang tahu yang redho Allah terletak pada redho kedua dua mak bapak kita. bukan Allah bagitau redho mak jaa, bapak tak payah. bukan Allah bagitau redha bapak jaa, mak tak payah. 

Kita ni kawan kawan jangan lah terlalu cepat sangat nak memberontak. asal kena marah sikit, buat muka, hentak hentak kaki, tangan hayun ke depan ke belakang. sebenarnya, entry ni memang saya buat untuk diri saya sendiri pon. tapi, dah alang alang taip kan. saya amat harap dan harap dan harap sangat agar anda, anda, anda yg melalui atau yg tersinggah ke blog ni sedar dan dapat memperoleh manfaat dari apa yang telah anda baca. sama sama lah kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. 

SAYA SEDANG BERUBAH, ANDA?

Huuuu, hari ni hari Isnin, esok selasa, lusa rabu, tulat khamis. KHAMIS? oh, 21 mac 2013. 21 mac 2013? ouhhhhhh, result SPM pon dah otw nak ke SBPI Gopeng kan? *saya dan schoolmates saya lah* Anyway, to all SPM candidates. 

I wish you all good luck. pray hard, before and after getting the result. ooopps, i mean FOREVER PRAY HARD. do not leave Allah even a second. redho dengan apa yang akan Allah bagi kat kita tau. jangan risau kawan kawan, saya sentiasa ingat akan kamu semua,  first sekali Hardz Die Birunianz :D the other classes Farabi, Kindi, Maari, Razi, Zahrawi. tak lupa jugak kepada pelajar SMASH. SMKA Al-Mashoor (L), Air Itam, Pulau Pinang. kalau ada yang baca lah kan :) terima kasih. dan siapa lah lagi yang rasa dia ambik SPM 2013. 

Mintak maaf atas segala silap. andai apa yang saya dah taip ada mengguris hati anda. semuanya memang tidak sengaja belaka. btw, yang cerita kat atas tadi yang guna nama Aman tadi kan. takdak kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia tau. 

Just peace no war. 

Assalamualaikum.









No comments:

Post a Comment